|
 |

Demi menyahut seruan kerajaan agar setiap kampung mengeluarkan satu produk yang boleh dikomersialkan sebagai produk utama,
pihak JKKK Kg Sungai Gelugor dengan kerjasama penduduk kampung mengusahakan kuih tradisi Melayu iaitu bahulu sebagai produk
utama kampung ini.

|
 |
Program satu kampung satu produk ini diusahakan oleh suri rumah dengan kerjasama JKK Kg Sg Gelugor sebagai satu dorongan dan
motivasi kepada suri rumah untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Menurut En Rosli Razak, Pengerusi JKK Sg Gelugor,
sambutan terhadap kuih tradisi ini amat menggalakkan terutama menjelang musim perayaan. Program yang diketuai oleh PN Jani
ini ternyata dapat memberi pendapatan sampingan kepada pihak suri rumah untuk membantu keluarga.
|
 |
|
|
 |
Selain dari program Satu Kampung Satu Produk, Kg Sg Gelugor juga dikenali ramai dengan gerai-gerai kecil yang diusahakan oleh
para penduduk kampung. Gerai sepanjang pintu jalan utama ke Kg Sg Gelugor menyajikan pelbagai jenis makanan pada waktu pagi
hingga lewat malam. Keenakkan cucur udang dan mee kuah di kawasan ini memang sukar dilupakan oleh pelawat yang datang bertandang
ke kampung ini.
|
 |
|
|
|
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En Rosli Abd Razak :0164814633
Jawatankuasa Kerja Kampung Sg Gelugor, 11700 Penang
|
|
|
 |