sggelugor.gif

Sejarah

Menu Utama
Sejarah
Maklumat Asas
Aktiviti JKKK
e Produk
e-Pendidikan
e-Album
Laman Nurani

Menelusuri sejarah awal Kampung Sungai Gelugor.

Sejarah Kampung Sungai Gelugor

Kawasan Kampung Sungai Gelugor yang berkeluasan  63 ekar ini pada asal kepunyaan orang Melayu yang akhirnya dibeli oleh seorang bangsa Inggeris bernama Tn. Brown.  Brown telah mengusaha ladang getah dan kebun buah pala di kebanyakkan tanah di kawasan Gelugor. Nama Gelugor menurut sejarah lisan diperolehi daripada pokok asam gelugor yang banyak terdapat di kawasan sekitarnya.  Setelah Brown pulang ke negara asalnya, para pejuang Melayu telah berusaha mendapatkan semula kampung Sg Gelugor agar tidak terlepas ke tangan orang asing.

Sekolah Rendah Tertua di Malaysia

sek1.gif

Sejarah Kg Sungai Gelugor begitu sinonim dengan sejarah Sekolah Rendah Sungai Gelugor.  Sekolah yang dibina pada 1826 ini merupakan sekolah Melayu yang tertua di Malaysia.  Sekolah ini masih berdiri teguh dan megah bersebelahan Kg Sungai Gelugor walaupun kebanyakkan bangunannya sudah diubahsuai.
 
Pada asalnya, sekolah ini merupakan sekolah menrupakan tempat mengaji Quran dan belajar jawei yang diusahakan oleh penduduk sendiri.  Kemudian, Tuan Brown telah mendirikan bangsal untuk menempatkan anak-anak pekerja ladangnya.
 
 
Bangsal tersebut hanya berbumbung atap nipah sepanjang sembilan hubungan atap dan berdinding nipah serta berlantai papan. Perjalanan kemajuan sekolah ini diusahakan oleh Rev. Beighton seorang pengurus Sekolah Penang Free.
 
Pada masa itu sekolah ini dibawah pentadbiran estetnya (ladang pala dan getah). Beliau telah melantik tiga orang guru di bawah kelolaan Guru Besarnya Munshi Shaik Mohd. Tambi, seorang guru dari Sekolah Penang Free sebagai guru besarnya. Ramai muridnya tidak diketahui tetapi mempunyai empat darjah terdiri daripada murid-murid lelaki sahaja iaitu darjah 1 hingga 4.
 
Apabila tamat darjah 4, murid-murid ini boleh melanjutkan pelajaran mereka ke Sekolah Penang Free. Pada tahun 1838 Kerajaaan Negeri-Negeri Selat telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini dan dijadikan sekolah kerajaan. Bangunan berpelan yang dibina pada tahun 1939 masih kekal sehingga hari ini.


Jawatankuasa Kerja Kampung Sg Gelugor, 11700 Penang